Sinar Serapi Eco Park
Sebuah Taman Rekreasi Air yang terletak dikawasan Matang, Petra Jaya.
Saya sendiri terkejut apabila mengetahui tentang wujudnya Taman Rekreasi yang berdekatan bandar.
Anda tidak perlu lagi kepantai untuk bermain jet ski dan aktiviti air lain.
Hanya perlu datang kesini bersama rombongan dan anda dijanjikan dengan layanan istimewa.
Buat pengetahuan semua, Sinar Serapi Eco Theme Park juga di kenali sebagai Sinar Serapi Home Resort.
Ianya terletak di Jalan Sungai Tengah, Batu 71/2 off Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak..
Walaupun pembinaan belum sepenuhnya siap (di katakan baru 80%) tetapi Sinar Serapi Eco Theme Park rasanya mampu memberikan kepuasan kepada setiap pengunjungnya..
Saya difahamkan Eco Theme Park ini akan dibuka secara rasmi menjelang tahun 2013. Kelapangan tanah yang amat luas yang masih dalam proses pembinaan amat membuatkan saya tidak sabar-sabar menunggu kedatangan tahun 2013.
Ianya beroperasi 9:00am - 10:30pm setiap hari..
Bayaran masuk bagi dewasa adalah rm10 seorang. Kanak-kanak atau remaja 6 tahun keatas pula rm5 seorang manakala kanak- kanak bawah 5 tahun adalah percuma.
No comments:
Post a Comment